Assalamualaikum
Entri kali ini merupakan kesinambungan dari entri Teknik Rahsia Memilih Cermin Mata Dengan Betul
Hari ini AIS nak dedah kan rahsia budak kacamata abang kaca mata hitam kepada kakak-kakak di luar sana.
Ps: budak kacamata tu bukan ka band rock kapak tangkap leleh lewat 90an
3 Sebab Utama Lelaki Berkaca Mata Hitam
3. Melindungi Mata Dari Sinaran UV(ultraviolet)
Kesan buruk sinar UV pada kelopak mata boleh menyebabkan ia mengalami ‘actinic keratosis’ iaitu tompokan kulit bersisik dan berkerak. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan, sedikit demi sedikit membentuk kanser kulit pada mata (MyMetro, Zaitie Satibi )
Cara tradisional melindungi mata dari sinaran UV ( sebenarnya ini sinaran lampu minyak tanah )
2.Melindungi Mata Dan Kelopak Mata Yang Kusam Agar Kelihatan Lebih Macho
Jika anda seorang wanita, anda sungguh complicated. Mata tidak bersinar, anda pakai contact lense. Kelopak mata kusam , anda pakai eye shadow dan eyeliner . Bulu mata tidak melentik, anda pakai mascara. Kami kaum lelaki, dengan memakai cermin mata hitam sahaja selesai semua masalah. Ada satu benda yang saya tidak faham tentang wanita yang sudah lengkap matanya dengan contact lense, eye shadow, eyeliner dan mascara tetapi masih hendak memakai cermin mata hitam walaupun tiada sinaran UV. Jadi apa kejadah pakai itu semua, Ahhh tak faham.
anda dilarang download gambar ini untuk jadikan profile picture anda.
Ok Kita sudah sampai di kecuncaknya sebab yang paling utama kenapa lelaki berkaca mata hitam ialah
Tadaaa.
1.Melindungi Mata dari Maksiat
Seriuslah,
Seriuslani.
Ok macam ini desebabkan dunia semakin menuju akhir zaman ramai manusia berpakaian tetapi telanjang.
Jadi kami sebagai kaum lelaki yang beriman, mengambil inisiatif untuk denjaga penglihatan kami. Hal ini kerana dosa kami melihat aurat wanita lebih bahaya dari sinaran UV.
Tapi kadang-kadang kami pakai cermin mata kerana nak tenung wanita dengan selesa. Kerana tidak ada siapa yang nampak dekat mana anak mata kami melihat ( melainkan Allah ). Nafsu kami memang suka lihat wanita berpakaian tetapi telanjang. Jadi Awas wanita di luar sana bentuk tubuh anda diperhatikan.
Terbeliak mata AIS bila nampak awek cantik
Ok sekadar itu saja perkongsian saya
Terima kasih kerana sudi baca perkongsian yang tidak seberapa ini.
Semoga ianya memberi manfaat